Perpustakaan Awam Melaka – Info Hunt
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) akan mengadakan Pertandingan “Info Hunt PERPUSTAM 2013” pada 28 Disember 2013. Pertandingan adalah secara berkereta melalui jalan di tiga daerah di Negeri Melaka.
1 pasukan sekurang-kurangnya 2 orang peserta dan maksimum 4 orang.
Tempat permulaan adalah di Perkarangan Perpustakaan Negeri, Bukit Baru dan berakhir di tempat yang sama dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200.00 sahaja untuk 1 pasukan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2013.
Bersama ini disertakan butiran, syarat dan borang penyertaan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya,
Muhammad Zaidee bin Daut di talian 017-3296082 atau pejabat 06-2824859.
Hadiah wang tunai dan barangan
Johan RM1,500.00
Naib Johan RM1,000.00
Ketiga RM 800.00
Keempat RM 700.00
Kelima RM 600.00
Keenam RM 500.00
Ketujuh RM 400.00
Kelapan RM 300.00
Kesembilan RM 200.00
Kesepuluh RM 100.00